HYO SEPUTEH

Service Above Self

Pertukaran Belia 2007

 Rukumani Devi Many telah mengikuti Program 3S bermula dari 21hb November – 6hb Disember 2007 mewakili Wilayah Persekutuan. Seramai 26 orang peserta dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian. Negeri – negeri yang telah dilawati bermula dari Kuala Kangsar, ( PERAK ), Rembau ( NEGERI SEMBILAN ), Keningau ( SABAH ), Mukah ( SARAWAK ) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah program keluarga angkat, lawatan institusi dan tempat menarik, malam kebudayaan, perbincangan kumpulan antara peserta, aktiviti kelab di antara peserta dan pengenalan permainan tradisional peserta. Ini diadakan di setiap negeri.

 

Program ini dilaksanakan bagi mewujudkan interaksi dan kerjasama yang lebih erat diantara belia di semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ianya juga bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan dan semangat patriotisme di kalanagan belia yang pelbagai kaum dan etnik.

 

Melalui program ini kesemua peserta telah mendapat peluang untuk mempelajari tentang perkembangan ekonomi, politik dan sosiobudaya serta meningkatkan persefahaman dan semangat perpaduan di kalangan belia Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama, meningkatkan semangat patriotik dan nilai jati diri di kalangan belia dan juga mendekatkan belia dengan masyarakat melalui program interaksi dan khidmat masyarakat dengan memupuk semangat kesukarelaan.

dscn0511.jpg

dscn0291.jpg

dscn0329.jpg

dscn0611.jpg

dscn0301.jpg

img_1399.jpg

img_1863.jpg

img_1964.jpg

img_1233.jpg

dsc_0013.jpg